Idan Terkeluar Kerana Idea Lapuk

SETELAH lima minggu berturut-turut barulah sesetengah peserta Raja Lawak Astro menunjukkan taring mereka.

Itupun bukan semua lawak menjadi atau lucu tapi jelas kesemua mereka telah bekerja keras untuk menangani tema yang diberikan minggu ini iaitu membuat persembahan atau lawak dari simpulan bahasa.

Untuk minggu lepas, undian SMS telah 'memilih' Idan untuk meninggalkan Raja Lawak Astro. Dan untuk pertama kalinya undian SMS hampir sama dengan undian otai lawak dan juri jemputan Bob Lokman.

Photobucket - Video and Image Hosting
Untuk minggu lepas, undian SMS telah 'memilih' Idan


Bob yang terkenal dengan kritikan pedasnya cuba memberi teguran secara diplomatik agar tidak menyinggung hati peserta namun komennya tetap pedas dan sememangnya wajar.

Pada minggu lepas, dari tujuh peserta yang bertanding hanya dua orang sahaja yang nampak hebat, kreatif dan bijak mencuit hati penonton dengan telatah lucu dan cerita 'simpulan bahasa' mereka.

Idan yang merupakan peserta pertama, cuba membuat lawak dari 'Tangkai Jering' namun gagal meninggalkan kesan. Tidak ada siapapun yang ketawa apabila dia habis membuat persembahan. Ramai bagaikan bosan melihat idea lapuk yang dipetik dari filem Labu Labi. Jelas sekali Idan seperti sudah habis modal. Seperti kata Bob, "tindak balas dan mimik muka tidak selari dengan idea yang dikeluarkan."

Angah pula cuba menggunakan simpulan bahasa 'Panjang Tangan' dan sayang sekali ceritanya kurang menjadi. Bagaimanapun Bob memuji... [baca lagi]



Sumber : mStar Online



Kata Izalsyah, "Nak tahu Otai Badul kata apa?",


No comments: